Video link: https://fb.watch/a8O5C9tsQT/
Ucapan Perbahasan Rang Undang-undang Lembaga Angkasa Malaysia 2020 oleh YB Wong Hon Wai, Ahli Parlimen Bukit Bendera pada 28-10-2021
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Saya turut ingin menyertai perbahasan Rang Undang-undang Lembaga Angkasa Malaysia 2020. Saya juga meneliti Dasar Angkasa Negara 2030 dan juga membuat perbandingan dengan keadaan industri angkasa yang besar seperti di negara Amerika Syarikat ataupun United Kingdom yang di Amerika Syarikat telah berbelanja sebanyak USD22.6 bilion kepada National Aeronautics Space Administration (NASA) dan 0.48 peratus kepada seluruh bajet Amerika Syarikat. Akan tetapi Malaysia tidak dapat setanding dengan space program Amerika Syarikat ataupun NASA pada masa kini kerana kita masih pada peringkat awal. Kita mempunyai potensi sebenarnya untuk exploring industri angkasa tetapi saya mempunyai reservation terhadap penubuhan Lembaga Angkasa kerana ini merupakan sebuah lembaga baharu.
Saya ingin menanyakan kenapa kita perlu menubuhkan sebuah lembaga baharu? Ini kerana buat masa ini fungsi seperti mengkaji semula perjanjian antarabangsa, memberikan lesen dan beberapa lagi boleh dilakukan oleh agensi yang sedia ada. Selain itu, kita juga—apakah kadar penggunaan fasiliti di agensi- agensi kita seperti Agensi Angkasa Malaysia? Kerajaan telah melabur sebanyak RM200 juta untuk membina fasiliti ini dan apakah kegunaan fasiliti ini di tahap maksimum? Bukan ini sahaja, apakah jumlah wang yang telah dibelanjakan oleh kerajaan dalam kos penyelenggaraan fasiliti seperti Langkawi National Observatory, makmal ujian dan fasiliti-fasiliti yang lain?
Saya ingin menyeru supaya Jabatan Audit Negara untuk meneliti perbelanjaan Agensi Angkasa Malaysia supaya wang yang telah disalurkan dapat dibelanjakan dengan baik dan efisien. Saya mencadangkan supaya pihak kementerian mengambil inisiatif yang kukuh untuk melaksanakan dasar supaya kegunaan fasiliti ini dapat disewa ke pihak swasta secara meluas supaya dapat menjana pendapatan tambahan.
Juga tadi saya dengar aplikasi-aplikasi teknologi angkasa ini dibangunkan, saya ingin dapatkan satu penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri dan angka dianggap besar. Persoalan saya, apakah kadar penggunaannya? Berapa wang yang telah dibelanjakan untuk menghasilkan aplikasi tersebut? perbelanjaan lembaga baru ini? Adakah lebih baik kita menggunakan wang tersebut untuk menangani COVID-19 dan jalankan R&D untuk vaksin?
Saya ingin menanyakan, apakah status MYSA selepas lembaga baharu angkasa ini diwujudkan? Bagaimana arrangement untuk staf-staf yang sedia ada untuk berkhidmat? Apakah perancangan kementerian jika Lembaga Angkasa ini diwujudkan dan status kakitangan di MYSA? Saya merujuk kepada fasal-fasal rang undang-undang ini.
Fasal 2 rang undang-undang ini menggunakan ayat ‘Angkasa’ ruang yang bermula daripada ketinggian 100 kilometer atas aras laut purata, tetapi adakah ia bermaksud dalam konteks Malaysia ataupun dikira sebagai ruang keseluruhan termasuk negara lain yang mempunyai unsur extra-territorial?
Untuk fasal 5 Pengerusi Lembaga Angkasa adalah KSU kementerian dan saya ingin menegaskan KSU MESTECC adalah seorang yang amat sibuk dengan pelbagai tanggungjawab. Bagaimana KSU MESTECC boleh menjalankan tugas sebagai Pengerusi Lembaga Angkasa yang efektif? Ini kerana barangkali seorang profesional ataupun expert boleh menjawat perjawatan tersebut.�
Kita sudah mempunyai Agensi Angkasa Malaysia ataupun Malaysian Space Agency (MYSA). Perlukah kita wujudkan satu lagi badan yang berfungsi lebih kurang sama? Di manakah Lembaga Angkasa ini akan berfungsi? Berapakah kos Fasal 15 Lembaga Angkasa juga menyatakan bahawa untuk hendaklah digunakan bagi tujuan keamanan dan menjangkaui sempadan antarabangsa. Ia mempunyai extraterritorial dengan denda RM50 juta sama ada mengikat terhadap orang-orang, personaliti-personaliti negara asing sama ada dari China, Rusia, USA adalah amat diragui kerana fasal 15 antara lainnya menyebut supaya dia mempunyai larangan dan juga denda yang tinggi.
Fasal 17, kehendak permit pelancaran. Saya ingin menanyakan, di manakah launching facility di Malaysia dan untuk membolehkan kita mengeluarkan permit pelancaran?
Fasal 31, penggantungan lesen dilancarkan. Sekiranya objek angkasa, satelit dilancarkan ke angkasa tetapi permit itu dibatalkan oleh lembaga, apakah tindakan seterusnya? Satelit sudah lancar, tetapi permit dibatalkan. Bagaimana kita recall balik satelit tersebut?
Fasal 39(2) dan 40(2) terdapat konflik kerana dia membolehkan undang- undang ini dilaksanakan di luar Malaysia. Fasal 39(2), 40(2) membolehkan rang undang-undang yang kita bahaskan, di luar Malaysia, conflict of law sama ada undang-undang negara ketiga akan terpakai ataupun undang-undang ini.
Saya ingin menanyakan, berapakah perbelanjaan tambahan daripada kerajaan berkenaan rang undang-undang dan penubuhan Lembaga Angkasa ini sama ada dia akan dimasukkan dalam bajet yang akan kita umumkan esok?
Saya khuatir, saya setuju bahawa industri angkasa perlu dipelopori tetapi saya khuatir bahawa Lembaga Angkasa ataupun berkenaan dengan penubuhan satu lagi statutory body ini, saya khuatir dia ‘Indah khabar dari rupa’. Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.
Sekian, Terima kasih.
No comments:
Post a Comment